Monday, December 19, 2011

Manfaat Badam

Ramai Menjauhi Badam Walhal Ia Mempunyai Kandungan Tinggi 90% Lemak Tak Tepu Yang Diperlukan Untuk Kesihatan ?


INFO
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E & antioksida yang tinggi. Contoh: 30 hingga 40 gram badam menyediakan 45% daripada keperluan harian vitamin E & magnesium seseorang.

MANFAAT

  1. Menurutkan paras kolestrol dengan merendahkan risiko darah tinggi, serangan jantung & menjadi penghalang obesiti.
  2. Asid folik dalam badam dapat menurunkan paras homosistein iaitu sejenis asid amino yang menyempitkan saluran darah.
  3. 30gm (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium yang sama seperti 1/4 cawan susu, mampu menjadi penghalang osteoporosis.
  4. Mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti barah, diabetes, nyanyuk & penyakit kronik yang lain.
  5. Berguna untuk wanita hamil di mana folate adalah penting bagi mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.
RESEPI
Jom cuba resipi yang ada kaitan dengan badam.

Bahan
5 biji badam
2 sudu susu tepung (ikut cita rasa)
1 sudu gula (ikut cita rasa)

Cara
Rendam terlebih dulu buah badam selama satu hingga dua jam. Kisar buah badam dengan sedikit air, kemudian ditapis. Bancuh susu tepung dengan campuran badam yang telah dikisah. Akhir sekali, tambahkan gula mengikut cita rasa korang. Ia pasti meyelerakan !!!

No comments: