Sunday, December 18, 2011

18 Tip Ayuh Bangkit HIDUP BARU

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita melangkah ketahun baru. Usah buat kiraan jika takde perubahan dalam diri untuk menjadi insan yang lebih berjaya.


1. PELUANG NIKMATI HIDUP
Benar !! beri keizinan pada diri sendiri untuk menentukan perubahan dalam diri. Meskipun sukar, praktikan perkataan "mesti", "perlu" & "harus". Hanya empunya badan tahu kehendak diri.

2. KETAHUI MAKNA KEHIDUPAN DENGAN LEBIG DALAM
Taklah sesukar mana pun ... Cuma,gambarkan diri korang berada di tahap mana sepanjang pengorbanan & masa yang dihabiskan.

3. BERHENTI BERANGAN
Usah ucap "satu hari kelak" @ "apabila ada masa nanti". Sebaliknya, tanya pada diri dengan ayat "Kenapa Buka nSekarang ?". Mulakan sesuatu hari ni untuk menikmati ganjaran hari ni & masa depan.

4.KELILINGI TEMAN TEMAN YANG POSITIF
Dorang sememangnya tergolong dalam kelompok yang berjaya. Kenapa tak menempatkan diri sesama orang orang yang sentiasa cemerlang ?

5.KURANGKAN KESAKITAN & JAUHI KETAKUTAN
Usah terlalu memikirkan beban yang sememangnya akan menambahkan lagi kerumitan hidup, sekali gus mengurangkan keseronokan.

6.BIARKAN PENGALAH MENANG
Usah bertelagah tentang sesuatu perkara yang tak mendatangkan apa apa manfaat. Mengapa perlu bazirkan masa untuk memperbetulkan perkara salah bersama seorang pengalah ?

7.CIPTA TENAGA,KEMAAFAN & CINTA
Hidup ni usah dibazirkan dengan perasaan dendam. Murahkan diri dengan memberi kemaafan & jadikan diri bertenaga serta selongkar kebahagiaan yang dicari selama ni.

8.LINDUNGI NILAI DIRI
Pekerjaan bukanlah satu kehidupan. Sebaliknya ia hanya sebahagian daripada kehidupan. Sebolehnya, letakkan perlindungan diri & orang yang tersayang di tempat pertama.

9.TINGGALKAN KENANGAN SILAM
Adalah penting melupakan perkara yang dah berlaku. Korang takkan boleh bergerak jika dihantui perkara perkara silam, terutamanya yang berkaitan dengan kegagalan.

10.CIPTA IDENTITI BARU
Korang tak perlu menukar nama yang lebih cantik mahupun melakukan pembedahan plastik. Tiba masanya, buang sikap sikap keruh dalam diri dengan menanam sikap terbuka & mesra.

11.BERANI BERDEPAN DENGAN CABARAN
Korang diberi kuasa untuk menentukan apa yang berlaku meskipun masih berada di tempat yang sama. Jika korang penat berdepan dengan majikan yang bersikapp diktator, hantar resume ke syarikat lain. Mudah,kan ?

12.SENARAIKAN PERKARA BERKAITAN KERJA @ KEHIDUPAN
Mungkin korang tergolong dalam individi yang masih tak tahu apa yang dimahukan dalam kehidupan. Oleh tu,buat senarai perkara yang tak digemari. Kemudian,buat pula senarai yang digemari.

13.ELAK KATA KATA PASIF
"Saya tak cukup bagus,""saya terlalu tua,"@"saya tak layak." Tak benar !! Cuba lihat & ambil contoh kejayaan masyarakat di sekeliling. Jadikan dorang sumber inspirasi untuk kerjaya.

14.AMBIL PENGAJARAN KISAH LAMPAU
Kehidupan sekarang mungkin dicorakkan ketika masih kecil. Oleh tu, kata kata seperti "saya tak mahu hidup susah seperti ibu bapa saya" & "saya tak mahu bekerja makan gaji" mungkin membantu pada masa depan dengan lebih baik.

15.KIRA KEPUASAN DALAM KEBAHGIAAN.
Sesetengah individu tak berpuas hati dengan setiap perkara. Konon konon memadai sekadar memenuhi keperluan tanpa rasa bahagia. Untuk merasai kehidupan yang lebih indah, mainan emosi , keikhlasan, rohani & sebagainya perlu ada dalam diri.

16.REBUT PELUANG DEPAN MATA
Ayuh keluar dari zon selesa untuk mengambil peluang yang terdapat di mana mana. Ketepikan sikap pemalu jika mahu mendapatkan sesuatu yang diidamkan untuk terus senyum sepanjang tahun.

17.BUAT PELAN & AMBIL SOKONGAN
Korang mungkin mahu menjadi seorang ahli sukan kebanggaan negara. Usah membazir masa bertahun tahun. Mulakan pelan bulanan dengan mendapatkan jurulatih yang bagus. Tahun depan siapa tahu korang bakal wakili negara.

18.JADI KUAT
Mungkin korang memang dilahirkan sentimental. Namun, usah bazirkan air mata kesedihan hanya semata mata untuk menangisi kekalahan. Ada baiknya korang terus melawan & berjuang untuk menentang kekecewaan demi masa depan.

No comments: