Wednesday, December 7, 2011

Antara Fakta Dan Mitos Dalam Amalan Untuk Cantik

Sering Kali Kita Mendengar Ungkapan "Mahukan Kulit Yang Cantik, Gunlah Krim Ini." "Perbanyakan Meminum Air Putih" Dan Sebagainya Lagi. Bahkan, Disebabkan Sering Mendengar Anda Mungkin Sukar Membezakan Sama Ada Ia Benar-Benar Fakta, Mahupun Mitos Semata-Mata.
Namun, Sejauh Mana Kebenarannya Tidak Pula Di Ketahui, Mungkin Pada Sesetengah Orang Ia Berkesan Namun Tidak Pada Orang Lain. Kita Tidak Tahu Sama Ada Ia Sekadar Mitos Atau Benar Yang Berkaitan Dengan Kecantikan


Perbanyakan Minum Air Putih
Air Tidak Diragukan Lagi Sangat Penting Untuk Menjaga Tubuh Tetap Terhidrasi Baik Di Dalam Dan Luar. Menurut Tradisi Pengubatan Cina, Tubuh Kita Di Reka Untuk Memberitahu Secara Automatik Apabila Ia Kekurangan Cairan. Meminum Air Secara Berlebihan Dapat Menyebabkan Tekanan Yang Tidak Perlu Pada Beberapa Organ Tubuh, Seperti Buah Pinggang. Sebenarnya, Kulit Merupakan Bahagian Terakhir Yang Menerima Air Yang Diminum Kerana Organ-Organ Tubuh Lain Telah Menggunakannya Terlebih Dahulu. Dua Liter Air Atau Sekurang-Kurangnya Lapan Gelas Yang Disarankan Untuk Diminum Setiap Hari Sudah Termasuk Kandungan Air Di Dalam Makanan Yang Anda Ambil.

Cara Terbaik Untuk Menambah Jumlah Air Di Dalam Tubuh Adalah Dengan Meminumnya Sedikit Sepanjang Hari, Daripada Meminumnya Langsung Sekali Gus Dalam Satu Waktu. Minumlah Ketika Anda Berasa Haus Dan Tambah Pengambilan Cairan Di Dalam Badan Sekiranya Anda Banyak Mengambil Makanan Bergaram, Berolahraga, Atau Berjemur Di Bawah Terik Matahari. Meminum Cukup Air Sekitar Lapan Gelas Sehari Membantu Melembapkan Kulit Pada Tingkat Sel Dan Sedikit Meningkatkan Elastisiti Pada Kulit. Hasilnya, Kulit Tampak Lebih Muda Dan Bercahaya. Bagaimana Pun, Kedutan Tetap Akan Muncul Sering Dengan Usia Dan Tidak Ada Jumlah Air Yang Boleh Mengubahnya.

Kulit Tegang Dan Kesat Sihat
Sesetengah Beranggapan Kulit Yang Tegang Dan Kesat Setelah Dibersihkan Adalah Sihat. Tetapi Kenyataan Ini Kurang Benar Kerana Kulit Yang Dihasilkan Memiliki Lapisan Perlindungan Yang Terdiri Atas Lemak,Minyak Dan Air Untuk Melindungi Kulit Dari Bakteria Dan Sebagainya. Mencuci Muka Menggunakan Pencuci Atau Produk Dari Bahan Asa Seerti Sabun Boleh Menyebabkan Kulit Kehilangan Perlindungan Tersebut. Bahkan Ia Memerlukan Waktu Sekurang-Kuranagnya Lapan Jam Bagi Kulit Untuk Memperbaiki Kembali Sel-Selnya. Oleh Kerana Itu, Hindari Mencuci Muka Lebih Dari Sekali Dalam Sehari. Pilih Pembersih Yang Lembut Dengan Kandungan Pelembap (Moisturizers) Agar Kulit Terasa Kenyal Dan Tidak Tegang.

Kulit Gelap Tidak Memerlukan Krim Pelindung Matahari
Semakin Gelap Warna Kulit, Semakin Banyak Melanin (Pigmen Alami Kulit) Yang Berfungsi Sebagai Pelindung Dari Sinar UV. Kulit Barwarna Gelap Memang Lebih Minimum Risiko Terbakar Matahari, Akan Tetapi Sinar UV Masih Tetap Terdedah Secara Terus Pada Kulit. Justeru, Krim Pelindung Matahari Perlu Digunakan Untuk Melindungi Kulit Dari Bahaya Kanser Dan Melambatkan Proses Penuanan. Sebaiknya Pilih Krim Pelindung Cahaya Matahari SPF 15 Untuk Semua jenis Kulit. Bagi Anda Yang Alah Atau Sensitif Pada Kandungan SPF Dalam Suatu Produk, Apa Kata Anda Cuba Mineral Make-Up Foundation Sebagai Gantinya.

Produk Hypoallergenic Tidak Akan Menimbulkan Reaksi Alergi
Pemakanan Produk Hypoallergenic Memang Mengurangkan Risiko Seseorang Mengalami Masalah Alergik. Malah, Label Hypoallergenic Dikatakan Tidak Mengandungi Bahan Pewangi (Fragrance). Padahal, Hal Itu Bukan Merupakan Satu-Satunya Faktor Penyebab Alergi Kulit. Justeru, Anda Perlu Berhati-Hati Dan Jangan Mudah Terpedaya Dengan Iklan Untuk Melariskan Jualan Produk Berkenaan.

Ubat Gigi Dapat Mengeringkan Jerawat
Ubat Gigi Memiliki Sedikit Kandungan Anti-Bakteria Yang Dikenali Sebagai Triclosan, Yang Sering Digunakan Dalam Mengatasi Masalah Jerawat. Akan Tetapi, Ubat Gigi Juga Mengandungi Beberapa Jenis Bahan Kimia Lain Yang Bukan Ditujukan Untuk Kulit Kerana Ia Boleh Menyebabkan Liang-Liang Roma Tersumbat. Sebaiknya Pilih Produk Dari Bahan Asas Seperti Clay Yang Membantu Menyejukkan Kulit Sambil Mengeringkan Jerawat Tanpa Menyebabkan Liang-Liang Roma Tersumbat.

Lebih Baik Mengeluarkan Nanah Dari Jerawat Dengan Cara Menekan
Mungkin Anda Berasa Lebih Baik Setelah Mengeluarkan Nanah, Tapi Sebenarnya Sebahagian Besar Nanah Tersebut Lebih Dalam Ke Kulit. Justeru, Ia Juga Menyebabkan Semakin Banyak Keradangan Sehingga Boleh Menyebabkan Jerawat Tubuh Semula Di Sekitar Bekas Jerawat Tersebut. Sebaiknya, Gunakan Alat Yang Sesuai Untuk Membuang Jerawat. Dengan Cara Sebegini Lebih Selamat Dan Tidak Menyebabkan Timbul Bekas Atau Parut Pada Bahagian Tersebut.

Cantik Di Hati
Orang Yang Bahagia Itu Akan Selalu Menyediakan Waktu Untuk Membaca Kerana Membaca Itu Sumber Hikmah, Menyediakan Waktu Tertawa Kerana Tertawa Itu Muziknya Jiwa, Menyediakan Waktu Untuk Berfikir Kerana Berfikir Itu Pokok Kemajuan, Menyediakan Waktu Untuk Beramal Kerana Beramal Itu Pangkal Kejayaan, Menyediakan Waktu Untuk Bersenda Kerana Bersenda Itu Akan Membuat Muda Selalu Dan Menyediakan Waktu Beribadat Kerana Beribadat Itu Adalah Ibu Dari Segala Ketenangan Jiwa.


No comments: