Wednesday, December 7, 2011

10 Etika Berdiet

1.      Bagus Jika Kamu Mempunyai Diari Makanan. Namun Tak Bagus Jika Kamu Post Di FB Setiap Apa Yang Kamu Makan.

2.      Menghitung Hari Untuk Sarung Baju Kesukaan Lebih Baik Dari Mengira Kalori Setiap Hidangan

3.      Memotong Makanan Kepada Bahagian Kecil Tidak Mengurangkan Kalori. Namun Bila Kamu Kunyah Lambat, Perutmu Cepat Terasa Penuh.

4.      Elak Melepak Di Restoran Selepas Tamat Sesi Senaman. Sia-Sia Saja Usaha Kamu Hilangkan Beratus-Ratus Kalori Di Gim.

5.      Berhati-Hati Mengikut Diet Ketat Selebriti Hollywood, Kecualilah Jika Kamu Mengambil Khidmat Tukang Masak Dan Jurulatih Peribadi Seperti Mereka.

6.      Daripada Menaiki Lif, Lebih Baik Kamu Panjat Tangga Melainkan Jika Pejabat Kamu Berada Di Tingkat 19.

7.      Menonton The Biggest Loser Mungkin Buat Kamu Rasa Cukup Kurus, Tapi Tak Semestinya Kamu Boleh Batalkan Terus Pelan Untuk Berdiet.

8.      Jangan Merungut Jika Terpaksa Meletak Kereta Jauh Dari Lokasi Tujuan. Anggap Saja Ia Sebagai Cara “Percuma” Untuk Kurangkan Kalori.

9.    Jangan Terikut-Ikut Dengan Kepercayaan “Jangan Makan Malam” Kerana Kamu Lebih Kenali Kemampuan Tubuhmu!

10.  Terlalu Obses Untuk Kurus Akan Buat Orang Muak Denganmu. Tak Perlu Buat Orang Lain Rasa Kekurangan Bila Kamu Yang Bersaiz XS Sering Merungut “Gemuknya Aku !” 

No comments: