Saturday, November 26, 2011

8 Tip Jiwa Tenang

Rasa Badan Lembik Semacam ? Jangan Risau... Segarkannya Menerusi Bebebrapa Helah Ringkas Di Bawah Ni. Ia Pasti Akan Membantu.


1. CUBA SESUATU YANG BARU
Dalam Erti Kata Lain, Pergi Bercuti Ke Destinasi Impian. Fikiran Kosong Akan Memberi Masa Kepada Korang Merasa Teraspirasi Untuk Memulakan Projek Baru Sama Ada Di Rumah Mahupun Pejabat.

2. BERGERAK
Semakin Banyak Korang Bergerak Maka Semakin Aktif. Oleh Yang Demikian, Makin Eloklah Aliran Darah Dalam Tubuh Badan. Bermakna Korang Mempunyai Bekalan Oksigen & Nutrien Yang Cukup. Penat Duduk Menaip, Cubalah Berdiri Pula Ketika Menjawab Telefon.

3. BERNAFAS MENDALAM
Penafasan Cetek (Tak Mendalam) Akan Menyebabkan Otak Kekurangan Oksigen. Ramai Gagal Bernafas Mendalam Apabila Merasa Stres. Penafasan Yang Betul Apabila Menarik Nafas Dengan Perlahan, Senyap & Mendalam.

4. SENAMAN
Bersenam Setiap Hari Mampu Meningkatkan Tenaga Meskipun Hanya 30 Minit Dalam Tempoh Tiga Kali Seminggu. Paling Mudah, Jika Korang Tak Berkesempatan Bersenam, Silalah Berjalan Kaki Setiap Hari. Apa Salahnya Parkir Kereta Jauh Sikit Dari Pintu Utama Pejabat.

5. PEMAKANAN
Makan Terlampau Banyak Makanan Berat Akan Memudaratkan Kesihatan. Untuk Menambah Tenaga Tambahan, Ambil Snek Seperti Biskut, Bijirin, Coklat Hitam.

6. HIBURAN
Mendengar Lagu Rancak & Menonton Filem Komedi Membantu Meningkatkan Tahap Tenaga. Mendengar Muzik 'Membangunkan' Saraf - Saraf Otak Untuk Lebih Cerdas. Tak Percaya ? Lagu Rancak Sangat Menyegarkan Manakal Lagu Sentimental Pula Menenangkan. Ayuh Layan Tiupan Saksofon Kenny G. Pasti Tenang !!!

7. MINUMAN
Badan Memerlukan Air Untuk Memindahkan Oksigen Kepada Sel - Sel Tubuh Badan. Pastikan Tubuh Badan Penuh Cecair Untuk Elak Letih & Pening Kepala. Minum Lapan Gelas Air Kosong Setiap Hari Boleh Menghapuskan Toksin Dalam Badan.

8. KEINDAHAN
Sekurang - Kurangnya Korang Perlu Keluar Dari Hiruk - Piruk Kota Dengan Melihat Kehijauan. Melihat Sesuatu Keindahan Yang Hijau Mampu Mengurangkan Stes & Tekanan Darah Rendah. Oh, Tenangnya Rasa Apabila Dapat Mandi Air Terjun. ^^

No comments: