Saturday, February 11, 2012

10 idea hubungan terus

kadang2 perkara remaeh boleh menyebabkan hubungan yang terjalin kian pudar . namun , ia masih boleh diperbaiki jika korang bijak menanganinya . 

(cipta buku resepi)
mungkin kedengaran menyusahkan tapi korang cuma perlu menyalin koleksi resipi kegemaran utuk dibukukan . kemudian hadiahkan kepada adik - beradik @ teman yang jauh . jika dorang memasak menggunakan buku resipi tersebut , pasti akan menimbulkan perasaan rindu .

(album gambar)
koleksi album gambar seakan dilupakan apabila dah terlalu banyak laman sosial yang boleh memuat turun gambar peribadi . rasanya lebih baik membuat album gambar yang boleh disimpan sampai bila2 , termasuklah turutan gambar mengikut tarikh2 bersejarah . 

(berhubung melalui telefon)
berada di perantauan bukanlah satu alasan kukuh untuk memutuskan hubungan . usahlah berkira menghubungi yang tersayang meskipun hanya beberapa minit . satu minit juga mampu memberi peranan besar dalam hidup seseorang . malah , mendengar suara juga boleh mengubati rindu seseorang . 

(lepak)
jadikan setiap hari minggu sebagai hari bersarapan bersama2 . menghirup teh tarik kegemaran sambail melayan nasi lemak pasti menggamit meori jika suatu hari nanti salah sorang dari korang terpaksa berpindah . 

(nota kejutan)
biar tulisan buruk sekalipun , setiap helaian nota yang ditinggalkan pasti memberi kenangan yang tak mampu dilupakan . walaupun hari ni merupakan hari terakhir korng melawatnya , pastikan nota tersebut menjanjikan kehadiran korang sekali lagi suatu hari nanti . meletakkan nota di dalam dompet juga adalah salah satu nota kejutan .

(kalendar)
buka je laman web yang meyediakan template pembuatan kalendar . kemudian , cetak je di kertas yang tebal . oh , ya ! jangan lupa masukkan tarikh2 istomewa & gambar2 bersama supaya hari2 yang dilaui lebih bermakna .

(kirim benih bunga)
mungkin kedengaran mengarut tapi ia sangat menarik jika korang mengirim benih bunga kegemaran ibu untuk ditanam . pastikan korang aka lebih kerap menghubungi ibu untuk mengetahui perkembangan pokok bunga itu , kan ?

(video peribadi)
merakamkan video pribadi kemudian dihantar melalui telefon bimbit , email & sebagainya boleh menimbulkan kenangan ketika merakamkannya . pastinya kesungguhan korang merakamkan akan dihargai kerana perasaan yang diluah cukup ikhlas . mana mungkin si dia akan bosn melihat video korang setiap malam ?

(sarung kaki)
idea menghadiakan sepasang sarung kaki kepada seorang adik yang tak tahan sejuk ketika malam merupakan idea yang paling baik . ia menjelaskan menunjukkan korang seorang kakak @ abang yang penyayang . bayangkan jika si adik berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara , pastinya pemberian korang tu paling berguna & terus diingati .

dan terakhir sekali .

(perjumpaan)
tiba masanya tetap perjumpaan besar2an . waktu beginilah sanak saudara yang berjauhan boleh berkumpul . begitu juga dengan teman2 yang dah mem[unyai hidup masing2 . pastikan perjumpaan diadakan pada setiap bulan mengikut giliran rumah setiap yang akan menjadi tempat bertandang . macam tu , barulah adil .

THE END

No comments: